22 kematian akibat wabak taun di Sudan

22 kematian akibat wabak taun di Sudan

SEBANYAK 11, 327 kes dan 316 kematian dilaporkan akibat taun di Sudan setakat ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sudan melaporkan 354 kes taun dengan 22 kematian semalam, di tengah konflik yang memuncak di negara itu.

Menteri Kesihatan, Haitham Mohamed Ibrahim berkata, usaha giat dijalankan untuk memastikan ketersediaan air minuman yang selamat, memerangi vektor penyakit dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mendapatkan vaksin taun.

Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan di wilayah Sudan untuk meningkatkan usaha dalam memerangi wabak tersebut.

Sabtu lalu, Haitham mengisytiharkan Sudan dilanda wabak taun dan memaklumkan penyebaran wabak berpunca daripada keadaan cuaca serta air minuman yang tercemar.

Sebelum ini, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris memaklumkan sebanyak 11,327 kes dan 316 kematian akibat taun dilaporkan di Sudan setakat ini.

“Kes menjangkakan kes lebih tinggi daripada yang dilaporkan,” katanya.

Taun bukan penyakit yang luar biasa di Sudan, kerana wabak besar sebelum ini menyebabkan sekurang-kurangnya 700 meninggal dunia dan 22,000 yang lain dijangkiti dalam tempoh dua bulan pada 2017.

Sudan mengalami konflik sejak April 2023 di tengah pertempuran antara tentera dan kumpulan paramilitari Pasukan Sokongan Rapid (RSF).

Menurut angka PBB, lebih 18,800 orang terkorban dalam konflik itu, dengan 10 juta kehilangan tempat tinggal dan lebih 25 juta memerlukan bantuan kemanusiaan.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN