20 unit tukun inovasi ceriakan nelayan Telok Mas

20 unit tukun inovasi ceriakan nelayan Telok Mas

KETUA Pegawai Teknologi SIRIM Industrial Research, Ir. Dr. Muhammad Izzal Ismail (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Fairul Nizam Roslan sewaktu meninjau proses melabuhkan 20 unit tukun inovasi di perairan Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebanyak 20 tukun inovasi direka bentuk SIRIM Berhad dilabuhkan di perairan Telok Mas di sini sebagai usaha mewujudkan habitat ikan yang baharu serta membantu mempertingkatkan hasil tangkapan nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, tukun yang dilabuhkan itu bersifat mesra alam kerana menggunakan campuran seramik dan konkrit.

Menurutnya, tukun tersebut tidak mudah bertindak balas dengan persekitaran hingga boleh menjejaskan ekosistem marin kerana bahan seramik adalah neutral.

“Ia sekali gus dapat membantu menarik pengumpulan dan pembiakan ikan di persekitaran dan dapat meningkatkan taraf ekonomi nelayan setempat.

“Tukun ini menerima peruntukan sebanyak RM160,500 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi Inisiatif Inovasi Sosial (MyIS Komuniti).

“Perairan Telok Mas ini adalah lokasi kedua tukun inovasi dilabuhkan kerana sebelum ini nelayan di Pantai Puteri turut menerima tukun yang sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Melabuhkan Tukun Inovasi di Pangkalan Nelayan Umbai hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Nelayan Telok Mas, Khairul Anuar Abdul Gani berkata, kira-kira 200 nelayan kini boleh menarik nafas lega apabila kesemua tukun yang dilabuhkan akan menambah populasi dan hasil tangkapan kelak.

Jelasnya, ia susulan mereka tidak lagi dibenarkan menangkap ikan di perairan Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Dodol dan Pulau Besar yang telah diwartakan sebagai Taman Laut.

“Ikan semakin berkurangan di perairan ini. Dengan adanya tukun ini akan menarik lebih banyak ikan menjadikannya habitat dan menambah pendapatan kami,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN