1,000 ahli Bersatu Jeli isytihar keluar parti

1,000 ahli Bersatu Jeli isytihar keluar parti

SEBAHAGIAN ahli Bersatu Jeli yang mengisytihar keluar parti semasa sidang media di Jeli, Kelantan Rabu lalu. -UTUSAN/ROHANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kira-kira 1,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jeli mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta selepas hilang kepercayaan.

Wakilnya Rodzi Muhammad berkata,
tindakan itu menyebabkan lapan daripada 18 cawangan Bersatu di Bahagian Jeli dibubarkan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat secara sukarela dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Sejujurnya kami sudah hilang kepercayaan kepada parti (Bersatu). Bersatu bukan lagi parti dominan orang Melayu bergantung harap di dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama Islam dan negara.

“Pada masa sama, kita lihat Bersatu sudah lemah didalam percaturan politiknya. Ini jelas dilihat semasa pemilihan calon untuk PRK DUN Nenggiri dimana Bersatu seolah-olah sudah digula-gula oleh parti Pas dalam Perikatan Nasional (PN) apabila terpaksa meletakan bekas ahli Pas untuk bertanding,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Herdawati Morshidi memberitahu, seramai 500 ahli sayap wanita Bersatu iaitu Srikandi turut mengikut jejak langkahnya keluar parti.

Katanya, langkah itu menyebabkan kesemua 18 cawangan itu terbubar.

“Kami masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti tetapi menyokong kerajaan perpaduan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN