GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar lebih satu juta vaksin polio ke Gaza bagi mengelakkan kanak-kanak dijangkiti virus itu selepas ia dikesan dalam sampel kumbahan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kanak-kanak bawah lima tahun paling berisiko dijangkiti virus ini, terutama bayi di bawah dua tahun kerana kempen vaksinasi biasa terganggu oleh konflik lebih sembilan bulan. “Walaupun tiada kes polio direkodkan lagi, tanpa tindakan segera hanya menunggu masa sebelum…










