IPOH: Parti UMNO mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali bersinar dan mendominasi arena politik negara dengan syarat pelaksanaan perlu berdisiplin dan berani melakukan perubahan yang berpegang pada prinsip yang kuat dan tepat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, mutakhir ini sememangnya berlaku perubahan pada peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
“Pelaksanaan perlu berdisiplin dan perubahan perlu berpegang pada prinsip yang kuat dan tepat.
“Perlu work smart bukan work hard dan outcome diterjemahkan menerusi Return On Investment (ROl) kepada parti.
“Berani bantu parti, korban masa dan pernah keringat jika masih tiada perubahan sibuk dengan cah keting, bunuh membunuh macam kita masih di singgah sana UMNO tidak akan ke mana-mana,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat Tahun 2024 di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.
Katanya lagi, ahli UMNO perlu berani bersuara, berani tegur, berani beri nasihat supaya proses pemulihan parti berjalan dengan lancar dan menyeluruh.
“Biar perubahan ini melahirkan pemimpin UMNO yang bekerja keras supaya rakyat menyukai parti ini dan bukan sekadar jaguh dibahagian semata-mata.
” Apa gunanya dihati rakyat kita kalah selamanya. UMNO perlu terus relevan kepada rakyat demi kestabilan politik,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas mengenai tiada kekosongan enam orang Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana itu telah diputuskan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.










