UMNO Gua Musang cadang usul kerjasama BN-PH dibawa ke PAU

UMNO Gua Musang cadang usul kerjasama BN-PH dibawa ke PAU

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua kanan) menerima cenderahati dari Ketua Pemuda UMNO Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani selepas Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di Gua Musang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: UMNO Bahagian Gua Musang mencadangkan usul memperkukuhkan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) dibawa ke Persidangan Agong UMNO (PAU) untuk dibahaskan.

Ketuanya Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasil perbahasan itu perlu diperhalusi untuk diputuskan sebelum dimuktamadkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Menurutnya, satu keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira suara majoriti berkenaan beberapa keputusan yang telah dibuat bersama kerajaan yang jelas memberikan impak kepada parti UMNO.

“UMNO Bahagian Gua Musang membawa dua usul iaitu pertama kita mahu rundingan di peringkat parti mengenai kerjasama dengan PH dan mencadangkan UMNO mencabar kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat kenyataan rasmi tentang wujudnya perintah addendum (tahanan rumah) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Kita rasa apa yang diamalkan sekarang ini tidak member banyak faedah kepada kita. Banyak orang bawah parti tak selamat dengan kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh berkata, UMNO bahagian Gua Musang menaruh harapan supaya parti memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Katanya, calon dalam kalangan orang muda dilihat lebih diminati pengundi termasuklah ahli akar umbi.

“Kita rasa orang muda patut ambil bahagian dalam PRK ini. Kita yakin keputusan ini tepat kerana sebanyak 62.5 peratus pengundi di DUN Nenggiri adalah terdiri daripada golongan muda.

“Kita telah mencadangkan tiga nama yang kesemuanya adalah calon muda,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×