Tujuh maut, tanah runtuh timbus van di utara Vietnam

Tujuh maut, tanah runtuh timbus van di utara Vietnam

JENGKAUT ​dan pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sekurang-kurangnya tujuh maut di utara Vietnam selepas tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat menimbus sebuah van.

Tanah runtuh yang berlaku di daerah Bac Me wilayah Ha Giang menimbus sebuan van 16 tempat duduk sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Pasukan penyelamat menemukan tujuh mayat, termasuk seorang budak lelaki, lapor media kerajaan.

Sementara itu, enam mangsa yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan dan penyelamat masih mencari mereka yang hilang.

Menurut laporan, tiga mangsa yang menaiki kenderaan berasingan turut berada di lokasi ketika tanah runtuh berlaku, namun keadaan mereka masih belum diketahui.

Vietnam Utara memasuki musim tengkujuh dengan hujan lebat dan banjir menyebabkan jalan raya di sepanjang laluan pergunungan dalam keadaan berbahaya.

Musim hujan bermula Jun hingga November sering mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh di utara Vietnam.

Bulan lalu, tiga maut dalam kejadian banjir besar di wilayah Ha Giang.

Pada 2023, bencana alam menyebabkan 169 maut atau hilang di negara Asia Tenggara itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×