KOTA KINABALU: Tiga anggota penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan sindiket pasport terbang. Perintah reman selama enam hari bermula esok sehingga 24 Julai dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah. Kelmarin, tiga anggota penguat kuasa ditahan di Pejabat SPRM Sabah semasa hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2 petang. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen…










