PEKAN: Masyarakat Orang Asli Gumum di sini berharap pendapatan mereka yang hilang lebih sedekad lalu dapat dikembalikan dengan pemulihan semula Tasik Chini iaitu tasik semula jadi kedua terbesar negara. Zaidah Kasim, 53, berkata, mereka hilang 100 peratus sumber pendapatan daripada ekopelancongan selepas Tasik Chini tiada lagi daya tarikan apabila ekosistem semula jadinya musnah disebabkan kegiatan perlombongan dan pembalakan yang berleluasa. “Sebelum 2013, ramai datang ke Tasik Chini. Boleh dikatakan suasananya…