SEREMBAN: Tauliah mengajar bagi pendakwah, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, di Negeri Sembilan telah tamat pada 29 Jun lalu. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Faudzinaim Badarudin berkata, sekiranya Ustaz Don berhasrat untuk memperbaharui tauliahnya, dia boleh membuat permohonan kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Permohonan tersebut menurut beliau akan diproses seperti biasa mengikut kaedah yang diguna pakai dalam peraturan tauliah Negeri…










