Sungai Tanjung Air Hitam tercemar lagi

Sungai Tanjung Air Hitam tercemar lagi

NUR HUSAINI Bokhari menunjukkan ikan baung yang mati disebabkan pencemaran di Sungai Tanjung Air Hitam, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sungai Tanjung Air Hitam, Kayu Ara Pasong, di sini yang menjadi punca rezeki 50 nelayan dan 11 pengusaha bot kembali tercemar seperti yang berlaku pada 2019.

Penduduk mendakwa pencemaran berlaku di kawasan Bukit Batu di Kulai menyebabkan air yang tercemar mengalir ke hilir sehingga ke Sungai Tanjung Air yang kaya dengan pelbagai spesies udang galah dan ikan.

Seorang pengusaha bot, Muhammad Afiq Mat Ali, 35, berkata, pencemaran dikesan pada 21 Julai lalu menyebabkan perkhidmatan sewaan bot kepada pemancing terhenti seketika dan banyak udang galah dan ikan mati sehingga menyebabkan bau busuk.

Dia dan 10 lagi pengusaha bot juga mengalami kerugian kerana tiada penyewa yang menggunakan perkhidmatan bot tersebut.

“Kami menyewakan bot dengan kadar antara RM80 hingga RM120 sehari, sudah empat hari kami tidak memperoleh sebarang pendapatan disebabkan air sungai kotor dan berbau. Bukan sahaja udang galah, ikan seperti baung juga didapati mati dan terapung akibat pencemaran yang mungkin disebabkan kegiatan industri di bahagian hulu sungai ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Tanjung Air Hitam, di sini.

Muhammad Afiq menganggarkan kerugian yang ditanggung oleh pengusaha bot bagi tempoh empat hari kira-kira RM6,000 dan jika berlarutan selama dua minggu boleh mencecah RM20,000.

Seorang pemancing, Nur Husaini Bokhari, 29, berkata, terdapat kira-kira 50 pemancing udang galah berpangkalan di Sungai Tanjung Air Hitam yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama.

Setiap pemancing mampu memperoleh kira-kira dua kilogram (kg) udang galah dengan memperoleh pendapatan RM150 sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×