SPRM Kelantan tahan dua penjawat awam terima rasuah

SPRM Kelantan tahan dua penjawat awam terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua penjawat awam selepas disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan tersebut bertujuan melepaskan mesin kerja-kerja hutan milik seorang lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber SPRM berkata, penjawat awam yang masing-masing berusia 33 dan 49 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu merupakan pegawai dan pembantu am di sebuah agensi kerajaan negeri di Tanah Merah dekat sini.

“SPRM sebelum ini menerima laporan daripada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an berkaitan kes tersebut di Tanah Merah.

“Lelaki itu mendakwa dia menyerahkan wang sebanyak RM10,000 kepada kedua-dua penjawat awam itu bagi melepaskan mesin kerja-kerja hutan yang ditahan oleh pihak berkuasa pada awal bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok untuk permohonan tahanan reman.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN