SK St. Paul pertahan gelaran juara hoki MSSD Seremban 1 - Utusan Malaysia

SK St. Paul pertahan gelaran juara hoki MSSD Seremban 1

NORAINI Md. Din (belakang lima dari kiri) dan E. Margerat (belakang enam dari kiri) meraikan kejayaan pasukan hoki SK St. Paul yangmempertahankan gelaran juara Kejohanan Hoki Bawah 12 tahun MSSD Seremban 1 2024 di Seremban semalam.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan hoki lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul berjaya mempertahankan gelaran juara dalam Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Seremban 1 2024 di sini semalam.

Pasukan itu menewaskan SK Taman Warisan Puteri, 3-2, melalui pukulan penalti selepas kedua-dua sekolah itu terikat dengan kedudukan, 1-1, pada masa perlawanan sebenar.  

SK St. Paul mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan SK Seremban 2B, 4-0, manakala SK Taman Warisan Puteri menumpaskan SK Kompleks KLIA, 1-0.

Sementara itu, SK Kompleks KLIA muncul juara bagi kategori perempuan  selepas menang ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Convent, 1-0.

Lebih 250 murid yang mewakili sebanyak 14 pasukan hoki mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang bermula sejak pukul 8 pagi di Stadium Hoki Seremban 2 dekat sini.

Timbalan Pegawai Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Daerah Seremban, Noraini Md. Din telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Yang turut hadir Guru Besar SK St. Paul, E. Margerat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN