Sikap tamak UMNO hubungan dengan Pas putus - Mohd. Amar

Sikap tamak UMNO hubungan dengan Pas putus – Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah (kanan) sempat berbual mesra dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Majlis Penutup KelMIC 2024 di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mendedahkan sikap tamak UMNO semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021 menjadi punca hubungan antara kedua-dua parti itu putus.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebaliknya berkata, dakwaan hubungan Pas dengan UMNO putus disebabkan parti itu menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ditawarkan lebih kerusi sebagai mengarut.

“Dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu tak betul. Ketika itu kita (Pas) mencadangkan agar ada perkongsian kerusi antara Pas, Bersatu dan BN. Namun BN berkeras untuk tidak memberi laluan kepada Bersatu dan hanya menawarkan beberapa kerusi kepada PAS sementara mereka menguasai majoriti kerusi dipertandingkan.

“Jadi atas semangat piagam Muafakat Nasional (MN) ketika itu dan semangat Perikatan Nasional (PN), kita (Pas) tidak boleh terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kelantan Membangun Bersama Islam International Convention 2024 (KelMIC 2024) di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, sikap tamak UMNO turut menimbulkan kesukaran untuk sebarang perbincangan sehinggakan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti itu tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Jadi dakwaan Ahmad mengatakan Pas menolak tawaran beberapa kerusi daripada BN kerana ditawarkan lebih banyak kerusi bersama Bersatu pada PRN Melaka sebagai punca hubungan Pas dan UMNO putus, semuanya mengarut,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, Ahmad mendedahkan ketegangan antara UMNO dan Pas memuncak semasa PRN Melaka tahun 2021 dan mendakwa kerjasama kedua-dua parti di bawah piagam MN merosot selepas Pas menolak tawaran kerusi daripada UMNO serta memihak kepada Bersatu.

Ahmad memberitahu, beliau ketika itu merupakan Setiausaha Agung UMNO dan parti itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi mempelawa Pas bekerjasama dengannya pada PRN Melaka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN