Seleweng diesel perlu tindakan lebih tegas

Seleweng diesel perlu tindakan lebih tegas

PENARIKAN semula kad fleet diesel bagi penyeleweng subsidi bahan bakar itu dilihat masih tidak mencukupi dan perlu ditambah agar lebih tegas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan penarikan semula kad fleet diesel bagi penyeleweng subsidi bahan bakar itu dilihat masih tidak mencukupi dan perlu ditambah agar lebih tegas.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, penyeleweng yang dianggap pengkhianat kepada negara itu perlu tindakan setimpal lebih berat.

Katanya, ia sebagai peringatan kepada mereka yang mengambil kesempatan atas kemudahan subsidi yang tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sangat bersetuju dengan penarikan semula kad fleet sekiranya disalahgunakan. Ini mampu membasmi jenayah penyalahgunaan kemudahan di samping menyelamatkan ekonomi negara.

“Tetapi tindakan ini sahaja tidak mencukupi kerana disebabkan penyelewengan inilah subsidi pukal ditarik balik daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan kerajaan akan menarik balik kad fleet diesel bersubsidi daripada mana-mana pihak yang menyeleweng subsidi bahan bakar itu dan menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.

Menerusi kad fleet yang diberikan di bawah skim subsidi bersasar, pengguna tertentu terutama sektor pengangkutan boleh membeli diesel pada harga sebelum pengapungan iaitu RM2.15 berban­ding harga selepas apu­ngan RM3.35.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusrizal berkata, antara pendekatan boleh diambil bagi yang melanggar syarat adalah denda, disenarai hitam dan penjara.

Katanya, tindakan tegas itu perlu bagi mengelak lebih banyak penyelewengan dan kerugian negara pada masa akan datang.

“Jadi, kita mengharapkan tindakan tegas daripada kerajaan. Selain denda dalam bentuk wang ringgit, kita harap mereka ini juga dikenakan tindakan penjara.

“Seharusnya penyelewengan ini dianggap satu jenayah berat dan dikenakan hukuman berat yang setimpal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini