Sekutu NATO hantar jet pejuang canggih F-16 ke Ukraine

JET Pejuang F-16 buatan AS dihantar ke Ukraine dari Denmark dan Belanda.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kumpulan pertama jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) kini dipindahkan ke Ukraine dari Denmark dan Belanda.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington pada Rabu, ketika pemimpin dunia berikrar memberikan sokongan berterusan untuk Kyiv.

“Jet-jet itu akan terbang di langit Ukraine pada musim panas ini untuk memastikan Ukraine boleh terus mempertahankan diri secara berkesan daripada pencerobohan Russia,” kata diplomat tertinggi AS itu.

Agenda utama pada sidang kemuncak NATO yang mengumpulkan 32 negara anggota minggu ini, adalah mengenai sokongan terhadap Ukraine selepas diserang oleh Russia.

Presiden AS, Joe Biden memberi lampu hijau untuk memindahkan jet F-16 ke negara itu, walaupun terdapat kebimbangan mengenai tempoh yang diperlukan oleh pegawai Ukraine bagi berlatih untuk menerbangkan pesawat tersebut.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang juga hadir di Washington untuk sidang kemuncak ini, menggesa sekutu AS dan Eropah untuk memberikan Kyiv lebih banyak sokongan kewangan serta ketenteraan bagi menghalang serangan Russia.

Menerusi catatan dalam media sosial, Zelenskyy mengucapkan terima kasih kepada AS, Denmark dan Belanda kerana membantu menguatkan tentera udara Ukraine melalui penghantaran F-16.

“Ini adalah isyarat jelas keupayaan Russia untuk menakut-nakutkan rakyat, bandar dan komuniti Ukraine.

“F-16 juga akan digunakan untuk memperkuat pertahanan udara Ukraine. Saya yakin ia akan membantu kami dalam melindungi rakyat Ukraine dengan lebih baik daripada serangan kejam Russia, seperti serangan terhadap hospital kanak-kanak Okhmatdyt di Kyiv minggu ini,” katanya di X.

Dalam satu kenyataan bersama mengenai pemindahan F-16, pemimpin AS, Belanda dan Denmark menegaskan komitmen mereka untuk meningkatkan lagi keupayaan udara Ukraine, yang akan merangkumi skuadron pesawat pelbagai peranan generasi keempat F-16 moden.

“Pakatan ini berhasrat untuk menyokong pengekalan dan persenjataan mereka, serta latihan lanjutan berkaitan untuk juruterbang bagi meningkatkan keberkesanan operasi.

“Kami akan terus membuat penyelarasan bersama untuk menyokong keupayaan Ukraine bagi mempertahankan diri daripada pencerobohan Russia,” katanya.

Selain itu, anggota NATO juga mengumumkan penghantaran lima Patriot tambahan dan sistem pertahanan udara strategik lain untuk membantu Ukraine, termasuk lebih banyak pengumuman bantuan dijangka pada sidang kemuncak kali ini.- Sekutu NATO hantar jet pejuang canggih F-16 ke Ukraine

WASHINGTON: Kumpulan pertama jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) kini dipindahkan ke Ukraine dari Denmark dan Belanda.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington pada Rabu, ketika pemimpin dunia berikrar memberikan sokongan berterusan untuk Kyiv.

“Jet-jet itu akan terbang di langit Ukraine pada musim panas ini untuk memastikan Ukraine boleh terus mempertahankan diri secara berkesan daripada pencerobohan Russia,” kata diplomat tertinggi AS itu.

Agenda utama pada sidang kemuncak NATO yang mengumpulkan 32 negara anggota minggu ini, adalah mengenai sokongan terhadap Ukraine selepas diserang oleh Russia.

Presiden AS, Joe Biden memberi lampu hijau untuk memindahkan jet F-16 ke negara itu, walaupun terdapat kebimbangan mengenai tempoh yang diperlukan oleh pegawai Ukraine bagi berlatih untuk menerbangkan pesawat tersebut.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang juga hadir di Washington untuk sidang kemuncak ini, menggesa sekutu AS dan Eropah untuk memberikan Kyiv lebih banyak sokongan kewangan serta ketenteraan bagi menghalang serangan Russia.

Menerusi catatan dalam media sosial, Zelenskyy mengucapkan terima kasih kepada AS, Denmark dan Belanda kerana membantu menguatkan tentera udara Ukraine melalui penghantaran F-16.

“Ini adalah isyarat jelas keupayaan Russia untuk menakut-nakutkan rakyat, bandar dan komuniti Ukraine.

“F-16 juga akan digunakan untuk memperkuat pertahanan udara Ukraine. Saya yakin ia akan membantu kami dalam melindungi rakyat Ukraine dengan lebih baik daripada serangan kejam Russia, seperti serangan terhadap hospital kanak-kanak Okhmatdyt di Kyiv minggu ini,” katanya di X.

Dalam satu kenyataan bersama mengenai pemindahan F-16, pemimpin AS, Belanda dan Denmark menegaskan komitmen mereka untuk meningkatkan lagi keupayaan udara Ukraine, yang akan merangkumi skuadron pesawat pelbagai peranan generasi keempat F-16 moden.

“Pakatan ini berhasrat untuk menyokong pengekalan dan persenjataan mereka, serta latihan lanjutan berkaitan untuk juruterbang bagi meningkatkan keberkesanan operasi.

“Kami akan terus membuat penyelarasan bersama untuk menyokong keupayaan Ukraine bagi mempertahankan diri daripada pencerobohan Russia,” katanya.

Selain itu, anggota NATO juga mengumumkan penghantaran lima Patriot tambahan dan sistem pertahanan udara strategik lain untuk membantu Ukraine, termasuk lebih banyak pengumuman bantuan dijangka pada sidang kemuncak kali ini.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

×