Protes kenaikan cukai di Kenya ragut 39 nyawa

Protes kenaikan cukai di Kenya ragut 39 nyawa

RATUSAN orang menghadiri upacara pengebumian salah seorang penunjuk perasaan, Ibrahim Kamau, 19, yang terbunuh dalam protes di Parlimen Kenya.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya (KNCHR) mengesahkan sekurang-kurangnya 39 orang maut dalam protes antikerajaan berhubung cadangan pengenalan cukai baharu di negara itu.

Pengerusi KNCHR, Roseline Adede berkata, semua kematian adalah disebabkan oleh pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis di seluruh negara Afrika Timur.

“Data daripada rekod kami menunjukkan bahawa 39 orang meninggal dunia dan 361 cedera dalam protes di seluruh negara.

“Suruhanjaya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan kekerasan tidak wajar yang dikenakan terhadap penunjuk perasaan, kakitangan perubatan, peguam, wartawan dan di kawasan selamat seperti gereja, pusat kecemasan perubatan serta ambulans,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Laporan KNCHR itu dikeluarkan ketika rakyat Kenya bersiap sedia untuk demontrasi seterusnya yang ditetapkan pada Selasa.

Menurut badan pemerhati itu, Nairobi merekodkan kematian tertinggi iaitu 17 orang, diikuti Uasin Gishu (empat), Kajiado dan Mombasa (tiga), dua di Kisumum serta masing-masing satu kematian di Laikipia, Narok, Kakamega, Kisii, Siaya, Kiambu dan Nandi.

Angka kematian baharu ini bercanggah dengan kenyataan Presiden Willam Ruto pada Ahad, yang mendakwa hanya 19 orang maut semasa tunjuk perasaan.

Tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan pergolakan meluas di Kenya yang dicetuskan oleh Rang Undang-Undang Kewangan 2024.

Ruto terpaksa tunduk kepada tekanan orang ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak akan menandatangani rang undang-undang kontroversi itu.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN