KUANTAN: Program laluan selari atau parallel pathway perlu diberikan pengiktirafan dan diperkasakan kerana berupaya meningkat jumlah doktor pakar Perubatan Keluarga di negara ini yang berkurangan kira-kira 6,700 orang. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Mior Yusuf berkata, pada ketika ini, jumlah doktor pakar Perubatan Keluarga di negara ini hanya sekitar 1,300 orang sahaja berbanding 8,000 yang diperlukan. Jelasnya, jumlah itu bagi mencapai kadar seorang doktor pakar Perubatan Keluarga…