PRK Nenggiri: Umum sokong BN-PH, tindakan Mohd. Azizi tidak jejaskan PN

PRK Nenggiri: Umum sokong BN-PH, tindakan Mohd. Azizi tidak jejaskan PN

KAMARUDIN Md. Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd. Azizi Abu Naim yang sedia membantu Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini tidak memberikan sebarang kesan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam mempertahankan kerusi berkenaan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berkata, beliau yakin pengundi di kawasan berkenaan kepada PN masih lagi kukuh.

Menurutnya, bagaimanapun PN perlu bekerja keras dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut pada PRK nanti.

“Soal calon, kita belum putuskan dan proses penilaian perlu dilakukan. Lagipun masih awal untuk membuat keputusan.

“Kita tunggu sahaja isyarat dari pucuk pimpinan parti berkait dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Online Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim mengumumkan beliau tidak mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut pada 17 Ogos depan.

Mohd. Azizi sebaliknya berkata, beliau bersedia memberi laluan kepada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) lalu Mohd Azizi mewakili PN dan menggunakan logo Pas menewaskan Ab Aziz Yusof dengan majoriti 810 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN