PRK Nenggiri: PN belum tetap tarikh umum calon

PRK Nenggiri: PN belum tetap tarikh umum calon

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, kiri) melawat salah sebuah rumah yang rosak dalam kejadian ribut di Kampung Surau Haji Said, Seberang Marang, Marang, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Perikatan Nasional (PN) masih belum menetapkan tarikh untuk mengumumkan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, PN tidak membuat keputusan untuk mengumumkan calon lebih awal seperti yang dilakukan UMNO.

Bagaimanapun, menurutnya, gabungan itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRK itu beberapa hari sebelum penamaan calon pada 3 Ogos depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala keputusan mengenai calon yang bakal bertanding dalam PRK itu diserahkan kepada pimpinan dalam PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa ribut di Kampung Surau Haji Said, Seberang Marang dan Pantai Pulau Kekabu di sini, semalam.

Semalam, UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon yang akan bertanding dalam PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengumuman calon itu dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd. Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu apabila menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Bendahari Agung PN berkata, Pas enggan melayan saranan UMNO yang mencabar parti itu meletakkan calon sendiri dalam PRK DUN Nenggiri itu

“Apa dia (UMMO) sibuk-sibuk, ikut kitalah hendak letak siapa calon, kita hendak letak orang mana, siapa, umur berapa, kerja apa.

“Itu atas kita berdasarkan kepada pertimbangan kita untuk memperoleh kemenangan (serta) mengekalkan kemenangan di DUN Nenggiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×