KOTA BHARU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) belum memutuskan sama ada mahu meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos nanti atau sebaliknya. Setiausaha Agungnya, Amir Hariri Abd. Hadi bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih lagi dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat. “Sememangnya sebagai sebuah parti politik, MUDA tidak boleh lari daripada membincangkan perkara berkaitan pilihan raya tetapi untuk PRK DUN Nenggiri, masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan. “Kita juga akan mengambil pandangan daripada peringkat akar umbi khususnya kepimpinan peringkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya