PRK Nenggiri medan BN tebus maruah - Utusan Malaysia

PRK Nenggiri medan BN tebus maruah

AHMAD Zahid Hamidi (dua dari kiri) menyerahkan Bendera Barisan Nasional kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan, hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini sebagai medan terbaik parti itu untuk menebus maruah selepas kalah pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh jentera BN akan digerakkan secara habis-habisan bagi memastikan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani yang menjadi calon menang pada PRK itu nanti.

“Semua jentera parti harus bersemangat dan bertemu dengan rakyat DUN Nenggiri untuk memenangkan calon BN.

“Kita (jentera) kena turun dan jangan tertinggal satu rumah untuk kita lawati agar kemenangan berpihak kepada BN,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini hari ini.

Dalam pada masa sama, Ahmad Zahid memberitahu, pengundi DUN Nenggiri perlu memberi mandat kepada BN untuk berkhidmat semula di kawasan itu.

Katanya, masyarakat di DUN Nenggiri memerlukan sentuhan Kerajaan Pusat bagi membangunkan lagi kawasan berkenaan.

“Insya-Allah jika kemenangan berpihak kepada calon BN, ‘abe’ (abang) akan tolong..
Kerana kita lihat pembangunan di kawasan luar bandar terutamanya bekalan air, elektrik dan jalan perhubungan desa masih lagi bermasalah.

“Perkara ini semua boleh dilakukan kerana kita adalah kerajaan pusat di bawah Kerajaan Perpaduan. Amat rugi jika orang Nenggiri tidak pilih calon BN yang boleh datang terus berjumpa dengan saya dan pemimpin pusat lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN