Populasi dunia dijangka lebih tua menjelang 2070

Populasi dunia dijangka lebih tua menjelang 2070

ORANG ramai berjalan di persimpangan jalan Eje Central dan Mandero di pusat bandar Mexico City.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Populasi penduduk dunia dijangka melonjak sekitar 10.3 bilion orang pada pertengahan 2080, kemudian akan sedikit menurun kepada tahap yang jauh lebih rendah daripada jangkaan sedekad lalu.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), populasi semasa yang berjumlah 8.2 bilion orang akan meningkat kepada maksimum dalam tempoh 60 tahun akan datang, kemudian menurun kepada 10.2 bilion menjelang akhir abad ini.

Saiz penduduk dunia pada 2100 akan menjadi enam peratus lebih rendah atau 700 juta orang lebih sedikit berbanding dengan apa yang dijangka pada Jun 2013, menurut laporan bertajuk ‘Propek Populasi Dunia 2024’ yang dikeluarkan pada Khamis.

“Landskap demografi berkembang dengat pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, Li Junhua.

Beliau berkata, kemuncak populasi yang tidak dijangka itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk tahap kesuburan yang lebih rendah di beberapa negara terbesar dunia terutama China.

“Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk yang lebih perlahan tidak akan menghapuskan keperluan untuk mengurangkan kesan purata yang boleh dikaitkan dengan aktiviti setiap individu,” katanya.

Lebih satu perempat atau 28 peratus penduduk dunia kini tinggal di salah satu daripada 63 negara atau kawasan di mana populasinya sudah mencapai puncak, termasuk China, Russia, Jepun dan Jerman.

Hampir 50 negara lain dijangka menyertai kumpulan tersebut dalam tempoh 30 tahun akan datang, termasuk Brazil, Iran dan Turkiye.

Tetapi, pertumbuhan penduduk akan berterusan di lebih 120 negara selepas 2054, termasuk India, Indonesia, Nigeria, Pakistan dan Amerika Syarikat (AS), menurut laporan.

Peningkatan dalam jangka hayat global – diganggu oleh pandemik Covid-19 – diteruskan dengan purata 73.3 tahun jangka hayat pada 2024.

Ia akan menjadi purata 77.4 tahun pada 2054. Oleh itu, populasi dunia akan menjadi semakin berusia.

Menjelang akhir 2070-an, jumlah individu yang berusia 65 tahun ke atas dijangka mencapai 2.2 bilion, melebihi bilangan individu di bawah usia 18 tahun.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×