Pesawat pengebom AS 'ancam' tentera China

Pesawat pengebom AS ‘ancam’ tentera China

TENTERA Udara Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat pengebom strategik B-52H, B-2 Spirit dan B-1B Lancer di bandar Kansas, Tampa, Florida. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Washington memberi ancaman terhadap Beijing tentang keupayaan pesawat pengebom B-2 miliknya untuk menenggelamkan sebuah kapal menggunakan bahan letupan yang murah.

Keupayaan itu boleh merencatkan usaha China memperlihatkan pengaruhnya dalam konflik maritim terutamanya di Asia.

Armada ke-3 AS dalam laman web Angkatan Tentera Udaranya menjelaskan ujian melibatkan pesawat B-2 yang dinamakan Quicksink itu dilakukan 19 Julai lalu, semasa latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 di Hawaii dan AS.

CNN yang memetik laman web itu melaporkan, dalam ujian tersebut, pesawat B-2 berjaya menenggelamkan ex-USS Tarawa, sebuah kapal pendarat amfibia berukuran 250 meter panjang yang tidak lagi digunakan.

“Paling penting, ujian itu berjaya dilancarkan dengan menggunakan bom yang murah.

“Kemampuan ini adalah jawapan kepada keperluan mendesak untuk meneutralkan ancaman maritim dengan cepat di kawasan laut yang luas di seluruh dunia dengan kos yang minimum,” jelas kenyataan berkenaan.

Pesawat pengebom B-2 adalah pesawat paling canggih dalam tentera AS dengan kemampuan mengelak radar pada altitud tinggi.

Ia memberi kelebihan kepada AS untuk melihat kawasan musuh yang tidak mampu dilakukan oleh pesawat yang terbang lebih rendah.

Penganalisis menyifatkan kejayaan ujian itu membuatkan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) perlu mempertimbangkan banyak perkara sekiranya berlaku sebarang konflik di barat Pasifik termasuk di sekitar kawasan panas seperti Taiwan, Filipina dan pulau-pulau selatan Jepun.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×