PARIS: Kerajaan Perancis akan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko penularan kes jangkitan Covid-19, susulan temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Menteri Kesihatan, Frederic Valletoux berkata, setakat ini tiada peningkatan dalam kes Covid-19 di negara itu, meskipun Perancis menerima ramai pelancong untuk Sukan Olimpik. “Covid-19 masih ada bersama kita pada tahap rendah, tetapi tiada lonjakan besar berlaku akibat virus ini,” kata Valletoux kepada penyiar Franceinfo. Beliau berkata, buat masa ini pihak berkuasa…










