TUMPAT: Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kereta Perodua Kancil yang sarat berisi 476 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi selepas diserbu anggota penguat kuasa di jalan Pohon Pulai, Bunohan di sini kelmarin. Rampasan pukul 7.40 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berpandukan kepada maklumat risikan. Pengarahnya Azman Ismail berkata, menyedari kehadiran anggota KPDN Kelantan suspek terus bertindak…










