Pelancong Maghribi mengaku salah cabul juruterapi spa

Pelancong Maghribi mengaku salah cabul juruterapi spa

NOUROU Yassine (tengah) yang mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang juruterapi spa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pelancong Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini bagi tuduhan mencabul kehormatan seorang juruterapi spa di Pulau Perhentian, Besut, Ahad lalu.

Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah resort di Pulau Perhentian pukul 9.15 malam pada 14 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos sebagai tarikh jatuh hukum di Mahkamah Majistret Besut sebelum membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Prosiding pendakwaan di­kendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd. Noorlee manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Izzat Norizam.

Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang pelancong Mahgribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi spa di pulau peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Mohammad, berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendakwa telah dicabul ketika memberikan perkhidmatan urutan kepada suspek.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif bahan terlarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×