Pelacuran, judi haram  berterusan ada elemen sogokan - PM

Pelacuran, judi haram  berterusan ada elemen sogokan – PM

ANWAR Ibrahim pada program Global Madani Forum 2024 di Hotel Sunway Putra. - UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Elemen rasuah dipercayai menjadi punca utama kewujudan kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan judi haram di negara ini terus bertapak sejak sekian lama khususnya di ibu negara.

Tidak menolak kemungkinan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh ditugaskan untuk membasmi aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu pelacuran dan judi haram di negara bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sudah lama wujud.

“Menteri Wilayah ditugaskan bersama Datuk Bandar (Kuala Lumpur) namun hal ini dibiarkan sekian lama termasuk kerajaan terdahulu.

“Jadi apa yang dibicarakan tentang gambaran itu (isu pelacuran dan judi haram) berbeza daripada kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Global Madani 2024, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa aktiviti pelacuran di ibu negara masih lagi wujud walaupun sudah banyak kali dibanteras pihak berkuasa terutamanya di sekitar Pudu.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau percaya kewujudan sarang pelacuran dan judi haram disebabkan berlaku elemen sogokan namun Anwar tidak menudjng jari kepada mana-mana pihak.

“Saya percaya kalau ada sarang pelacuran dan perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan.

“Bagaimanapun, sejak tahun lalu, kita sudah mula ambil tindakan yang agak keras,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN