PATI beri alasan pasport pada majikan elak ditahan - Utusan Malaysia

PATI beri alasan pasport pada majikan elak ditahan

HUSSIN Zamora bertanya sesuatu kepada beberapa PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas PATI di Pasaraya Kipmall, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) memberi alasan pasport mereka dipegang oleh majikan semata-mata mahu mengelakkan diri daripada ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, dalam Operasi Bersepadu Khas PATI yang dijalankan di pasaraya Kipmall itu, seramai 135 warga asing  yang bekerja di 30 premis dan pengunjung pasar raya berkenaan diperiksa.

Hasil operasi selama tiga jam bermula 11 pagi itu, seramai 48 PATI berusia antara 25 hingga 52 tahun terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, India, Myanmar dan Indonesia ditahan.

“Ada yang menyorok, tetapi kita berjaya tangkap. Ada juga memberi alasan menyatakan pasport pada majikan.

“Jika siasatan menjurus kepada pengesahan, mereka akan dibebaskan. Sekiranya tiada, tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil ke atas mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai operasi itu, hari ini.

PATI tersebut ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen kerana tidak miliki permit yang sah, Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen kerana melanggar syarat sah ditetapkan.

Semua PATI tersebut dibawa ke depoh imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

Operasi bersepadu itu melibatkan anggota Ibu pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Daerah Kota Tinggi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×