Pas bawa gelombang kemenangan di Sungai Bakap ke Nenggiri

Pas bawa gelombang kemenangan di Sungai Bakap ke Nenggiri

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mahu membawa gelombang kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ke Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kemenangan itu sekali gus mengekalkan kerusi tersebut dibawah kekuasaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita mahu kekalkan gelombang kemenangan itu untuk DUN Nenggiri serta lain-lain PRK yang mungkin berlaku tidak lama lagi, malah mahu membawanya ke Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU 16) akan datang.

“Kita lihat momentum itu bukan sahaja kekal malah semakin meningkat berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Simposium Mineral Strategik 2024: Unsur Nadir Bumi di sini petang tadi.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli memberitahu, sokongan Orang Asli terhadap PN semakin bertambah baik.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa bekerja untuk membantu penduduk DUN Nenggiri termasuk membela nasib Orang Asli.

“Salah satu kelebihan PN ialah kita adalah merupakan kerajaan negeri. Ia bermakna PN sentiasa melaksanakan kerja sebagai kerajaan negeri dari masa ke semasa bukan bukan hanya memulakan gerak kerja ketika tiba masa PRK.

“Kita sudah ada penghulu dan wakil rakyat di situ sebelum ini. Kita juga sudah ada struktur masyarakat yang sentiasa bekerja untuk kebajikan masyarakat setempat dan mereka boleh melihat sendiri perkara-perkara ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN