Pakar AI USIM terima pengiktirafan antarabangsa - Utusan Malaysia

Pakar AI USIM terima pengiktirafan antarabangsa

DR. NORITA Md. Norwawi ketika menerima anugerah Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders di Mumbai, India baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakar bidang kecerdasan buatan (AI) dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Ts. Dr. Norita Md. Norwawi menerima anugerah Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anugerah yang diberikan bersempena World Education Congress and Awards Edisi Ke-13 yang berlangsung di Taj Lands End, Mumbai, India pada 11 dan 12 Julai lalu adalah bagi mengiktiraf sumbangan Norita dalam bidang Pendidikan yang memberi inspirasi kepada generasi masa depan serta mendorong penyelidikan dan pendidikan berkesan.

Penghargaan tersebut menurut beliau menjadi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat dalam bidang Pendidikan.

“Saya amat bersyukur kerana sumbangan dari USIM dan Malaysia dalam dunia pendidikan mendapat perhatian dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya yang juga merupakan Ketua Pasukan Bertindak AI, Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi, Akademi Profesor Malaysia.

Anugerah Prof Indira Parikh 50 Women in Education Leaders diwujudkan untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa golongan wanita dalam bidang pendidikan.  

Proses pemilihan penerima anugerah melibatkan penyelidikan intensif dan penilaian juri profesional dari pelbagai negara.

Pemilihan adalah berdasarkan perspektif strategik, orientasi masa depan, integriti dan etika, keupayaan untuk pendidikan yang lestari, kaedah penilaian, dan rekod prestasi pencapaian penerima anugerah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN