GOMBAK: Dua pemandu bas persiaran dikesan tidak memiliki lesen memandu dan seorang didapati positif ganja dalam operasi bersepadu Bas Pelancongan dan Ekspres di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gombak di sini hari ini. Operasi bersepadu bermula pukul 6 pagi itu dijalankan bersama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) membabitkan pemeriksaan 22 buah bas persiaran. Pengarah Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, setakat…










