Mindef nafi pelaksanaan LCS pada tahap rendah - Utusan Malaysia

Mindef nafi pelaksanaan LCS pada tahap rendah

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (MINDEF), menafikan proses pelaksanaan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) pada tahap rendah, seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan audit bukan merujuk kepada hasil tahun ini atau tahun lalu, sebaliknya beberapa tahun yang lalu membabitkan kapal yang tidak siap.

Katanya, sebaik Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk kepemimpinan, mereka tetap meneruskan pembinaan kapal LCS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kapal yang pertama sudah pun diuji dan ini sangat penting serta signifikan disebabkan kita mahu menguji sama ada reka bentuk kapal ini betul atau sebaliknya.

“Jika kapal ini sudah direka bentuk serta diuji dan tidak mengalami masalah, kita akan melakukan kerja memasang semua peralatan di dalam kapal ini sehingga akhir tahun ini.

“Kita menjangkakan kapal pertama akan siap pada 2026 dan kini proses pembinaan kapal LCS berjalan lancar mengikut jadual,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan semakan audit mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 31 Disember 2022 adalah rendah, berbanding sasaran 18 kapal ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Jumlah perolehan itu jauh lebih rendah berikutan hanya empat kapal diterima atau 22.2 peratus dengan sembilan lagi dalam proses pelaksanaan perolehan daripada keseluruhan enam kapal LCS, 10 kapal misi pesisir (LMS) dan dua kapal sokongan pelbagai guna (MRSS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini