Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong

Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan baginda hari ini.

Ucapan sembah tahniah itu dizahirkan melalui media sosial masing-masing, lapor Bernama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi ucapan dimuat naik di akaun Facebook beliau, turut mendoakan Malaysia akan terus berkembang di bawah pemerintah Seri Paduka.

“Semoga pemerintahan Tuanku akan sentiasa diiringi keberkatan dan maghfirah-Nya serta mudah-mudahan Malaysia akan terus berkembang maju dan makmur. InsyaAllah,” katanya.

Selain Saarani, turut merafak sembah tahniah ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Turut tidak ketinggalan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof, dengan semua mereka mendoakan semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassruruddin Daud dalam hantarannya turut mendoakan negara terus berkembang maju dan makmur serta rakyat bersatu padu dalam keharmonian di bawah pemerintahan Seri Paduka.

“Patik dan seluruh rakyat Kelantan mendoakan agar Tuanku sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagian dan kebijaksanaan dalam mempimpin negara. Semoga pemerintahan Tuanku terus membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×