KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha menaik taraf Maktab PDRM Kuala Lumpur untuk dijadikan hub penyelidikan meliputi semua aspek dalam bidang kepolisan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hub penyelidikan itu pastinya akan memberi tumpuan khusus berkaitan keselamatan siber serta pencegahan penyalahgunaan dadah. Katanya, perkara tersebut perlu diberi tumpuan seiring dengan perkembangan teknologi dan kewujudan jenayah bentuk baharu dengan modus operandi yang semakin ke hadapan.…