PORT DICKSON: Lima orang rakan terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lagi rakan mereka dalam kejadian di sebuah kolam mandi hotel di daerah ini, minggu lalu. Kesemua tertuduh, D. Maharaj, 36; B. Shanmugaservai, 34; Faezatun Firus Arifin, 42; R. Praveena, 31 dan S. Suvipra, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret,…









