HULU TERENGGANU: Seorang bapa tiga anak di Kampung Kemat, dekat sini, hilang upaya dan kini hanya terlantar selepas `digilis’ batang kayu lebih sebulan lalu. Muhammad Itmam Zawahir, 34, yang sebelum ini bekerja dalam bidang pendawaian elektrik kini terpaksa guna lampin pakai buang dan bergantung kepada isteri, Siti Nur Fatin Mazlan, 33. Menurutnya, insiden pada 1 Jun lalu ketia dia membelah batang pokok bagi dijadikan turus pagar di kebun neneknya. “Kejadian…










