Lelaki ditahan dipercayai kes cermin kereta pecah di LRT Awan Besar - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan dipercayai kes cermin kereta pecah di LRT Awan Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil dekat sini pada 2 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan
polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu pejabat Polis Daerah Cheras pada pukul 7 malam, semalam.

Katanya, hasil risikan, pihak polis telah menahan suspek di Razak Mansion dekat sini.

“Pemeriksaan lampau mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek turut terlibat dengan kes curi parcel dan kes pecah rumah di sekitar kawasan Cheras,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, reman ke suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini sehingga lusa bagi membantu siasatan.

Jelasnya, Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Pada 2 Julai lalu, media melaporkan pihak polis telah menerima enam laporan berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil dekat sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×