Lelaki disyaki culik Jia Hui direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lelaki disyaki culik Jia Hui direman tujuh hari

SEORANG lelaki (baju putih) ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Johor Bahru bagi memandu siasatan kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan di Eco Galleria, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suspek terakhir yang diberkas berkaitan penculikan seorang kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Suspek yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor, pada pukul 4.45 pagi tadi tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 3 petang dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis.

Suspek yang dibawa dari Selangor ke negeri ini dilihat memakai baju festival Bon Odori Johor yang dianjurkan di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Terdahulu, empat suspek berusia antara 28 hingga 55 tahun direman selama empat hari bermula hari ini.

Sabtu lalu, Jia Hui didapati  hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika festival Bon Odori berlangsung di Eco Galleria.

Mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik  berjaya diselamatkan polis di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor awal pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×