PETALING JAYA : Polis merekodkan jumlah kerugian melibatkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu lebih RM1.21 bilion setakat 7 Julai lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka pada minggu ke 27 ini merekodkan nilai kerugian tertinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu. “Statistik mencatatkan angka kerugian bagi kes jenayah komersial telah mencecah RM1,207,620,852.73 bagi tahun 2024. “Jumlah ini sekaligus merekodkan peningkatan ketara jika dibandingkan dengan RM660,886,627.91 yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya