Kawalan penyebaran maklumat dibuat meskipun tidak popular - PM - Utusan Malaysia

Kawalan penyebaran maklumat dibuat meskipun tidak popular – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Meskipun tidak popular, kerajaan masih melihat kepada pengawalan terhadap kebebasan penyebaran maklumat untuk memastikan ia tidak disalahgunakan dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu mungkin tidak menepati kumpulan yang percaya kepada hak kebebasan untuk bersuara.

Namun jelasnya, kebebasan itu kadangkala mengabaikan kesan kepada masyarakat termasuk bagaimana ia boleh menyebabkan seseorang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat dibuli dalam sistem penyebaran maklumat.

“Kita berdepan situasi perkembangan maklumat. Kerajaan sekarang menghadapi cabaran untuk cuba memperkenalkan beberapa sekatan yang tidak popular,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) yang Ke-7 yang berkenan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Jelasnya lagi, cabaran kini adalah untuk menetapkan peraturan dan bukan mengikut rentak kebebasan yang boleh menggugat masyarakat.

“Tetapi adalah untuk meletakkan nilai-nilai, yang mengatasi kebebasan individu yang menggugat keamanan dan masyarakat,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan satu kerangka kawal selia baharu pada 1 Ogos dalam usaha mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×