KOTA BHARU: Sebuah lori yang sarat membawa 3.2 juta batang rokok seludup bernilai RM2.4 juta termasuk cukai ditahan di Kilometer 0.4, Lebuh Raya Timur-Barat dekat Jeli, minggu lalu. Serbuan kira-kira pukul 3.40 petang pada 2 Julai lalu terhadap lori dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Daerah Gerik, Perak menjalankan risikan. Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, anggota kastam dan polis terus bertindak menahan lori tersebut selepas menerima maklumat berkaitan kes penyeludupan. Menurutnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya