Jenayah perikanan tindas 30,000 nelayan kecil

Jenayah perikanan tindas 30,000 nelayan kecil

PENCEROBOHAN bukan sahaja melibatkan nelayan asing memasuki perairan negara, malah pencerobohan dalaman embabitkan bot pukat tunda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 30,000 nelayan kecil terus tertindas apabila isu dan masalah berkaitan ‘jenayah perikanan’ tidak ditangani secara serius dan berkesan terutama melibatkan kegiatan pencerobohan.

Kegiatan pencerobohan ini bukan sahaja melibatkan nelayan asing memasuki perairan negara, malah pencerobohan dalaman membabitkan bot pukat tunda mencerobohi Zon A (kawasan kurang 5 batu nautika dari pesisir pantai) yang digazetkan untuk nelayan kecil.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Mohd. Faizal Mohd. Zabri berkata, isu ini kerap kali diadukan kepada agensi-agensi terlibat
terutama Jabatan Perikanan (DOF), namun tiada tindakan diambil mengikut pekeliling dan undang-undang ditetapkan.

Lebih mengecewakan, dakwanya, ada dalam kalangan nelayan yang membuat aduan itu menerima ugutan, malah disoal siasat seolah-olah mereka pula membuat kesalahan walaupun mempu
nyai bukti mencukupi.

“Apabila kita buat aduan kepada DOF, mereka tidak ambil tindakan apa-apa. Kami cuba bantu DOF dalam kerja-kerja penyiasatan dengan membangunkan satu aplikasi, Timestamp bagi memudahkan saluran aduan dibuat secara tepat dengan bukti rakaman video, tetapi ia seperti mencurahkan air ke daun keladi.

“Walaupun ada tangkapan, namun pihak berkuasa menahan bot pukat tunda seminggu sahaja, kemudian melepaskan semula. Ada kes pemberi maklumat pula diugut akan dirampas telefon bimbit mereka menyebabkan sekarang mereka rasa takut untuk bantu membanteras jenayah ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Kelmarin, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa­an (EAIC) mengesahkan sedang menyiasat DOF selepas terdapat peningkatan aduan oleh pihak-pihak berkaitan terhadap jabatan berkenaan.

Ini termasuk pe­nguat kuasa tidak memantau penceroboh yang memasuki zon bot nelayan atau mema­suki zon berbeza dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) antara punca berlaku ketirisan hasil laut.

Selain pencerobohan bot-bot nelayan negara asing, pencerobohan turut melibatkan bot nelayan bagi kategori Zon B (kawasan 5 hingga 12 batu nautika dari pesisir pantai) ke Zon A.

Ini termasuk Zon C2 (kawasan 30 batu nautika dari pesisir pantai sehingga sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)/Zon C (kawasan 12 hingga 30 batu nautika dari pesisir pantai) ke Zon B.

Mohd. Faizal yang juga nelayan di Pantai Teluk Bahang memberitahu, antara kes berlaku ialah sebuah bot pukat tunda telah dilapor menceroboh Zon A kurang 3 batu nautika dari Muka Head, Pulau Pinang pada Jun 2021.

Bot ini telah dirakam oleh nelayan-nelayan yang kebe­tulan berada di kawasan ter­sebut.

Amat menghairankan apabila bot pukat tunda yang mempunyai rekod 17 ke­salahan di bawah Akta Perikanan masih lagi dibenarkan berope­rasi.

Katanya, sedangkan hukuman dikenakan adalah mengantung lesen selama setahun di samping kompaun bagi ke­salahan pertama, dan kesalahan ketiga pula akan dihadapkan ke mahkamah selain pindah milik lesen vesel tidak dibenarkan selama lima tahun kepada pemilik lain.

Bagaimanapun, katanya, tindakan hukuman itu seolah-olah hanya tertulis di atas kertas tanpa tindakan sebenar diambil, malah ada berlaku kes pindah milik bot.

“Apabila buat aduan, pihak berkuasa membuat ancaman dan akan cari siapa yang buat aduan dan menyemak lesen nelayan itu pula. Nelayan pantai pula jadi mangsa sehingga ada yang langgar bot kita. Bila buat aduan, tiga jam baru sampai. Bot pukat tunda ini seperti sudah tahu kita hubungi.

“Jadi, kami menyokong tindakan EAIC untuk menyiasat jabatan ini kerana kami percaya ada yang tidak kena dengan penguatkuasaan apabila pengusaha bot pukat tunda terus ‘dilindungi’,” katanya.

Penyelia lapangan Sahabat Alam Malaysia, Azrul Faizal Mohamad pula berkata, pihaknya telah menghantar satu memorandum kepada jabatan berkaitan sejak November tahun lalu yang membangkitkan isu-isu perikanan, namun tiada maklum balas di­terima sehingga kini.

Jelasnya, pencerobohan bot pukat tunda di Zon A boleh merosakkan sumber laut dan menangkap banyak anak ikan tiada nilai pasaran yang kemudian dijadikan ikan baja bagi ternakan sangkar dan kolam.

Pada 2020 sahaja, lebih 210,000 tan metrik ikan baja direkodkan oleh bot pukat tunda dan dalam tempoh lima tahun, lebih sejuta tan metrik didaratkan.

“Pencerobohan ini merosakkan alat tangkap nelayan dan dasar laut. Terumbu karang rosak dan hidupan yang berada di dasar mati. Ini tentunya merosakkan nilai ekosistem laut negara.

“Bot-bot tunda ini juga kerap menceroboh pada waktu malam dengan tidak memasang lampu. Tindakan ini membawa risiko pelanggaran dan bahaya kepada nelayan pantai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN