PETALING JAYA: Lawak jenaka atau gurauan sehingga mengaibkan individu lain antara 9,483 laporan kes diklasifikasi buli siber diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 2022 hingga 9 Julai lalu. Mengikut MCMC, ramai pemilik akaun media sosial menganggap komen atau tulisan berbentuk gurauan sebagai perkara biasa. Sebaliknya, kata MCMC, sikap terlalu selesa dan tidak kisah dengan kesan komen yang dilakukan mereka sebenarnya antara yang menyumbang kepada peningkatan kes buli siber…










