PETALING JAYA: Pembangkang menganggap janji peruntukan yang mahu diberikan hanya siri pembohongan pihak kerajaan. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan telah diadakan banyak kali namun tiada sebarang perkembangan berkaitan peruntukan pembangkang. “Setakat ini perbincangan telah diadakan beberapa kali dan masih tiada gambaran peruntukan akan diberi. “Kami menganggap ia adalah siri pembohongan dan penafian hak, tidak seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…










