KOTA BHARU: Jangkitan demam kepialu yang ‘menyerang’ pelajar dan guru di sebuah sekolah menengah di sini berada dalam keadaan terkawal. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr. Zaini Husin berkata, pelbagai usaha telah diambil termasuk menjalankan saringan ke atas 1,000 kakitangan sekolah termasuk pelajar. Menurutnya, ujian saringan selama tiga hari itu bermula semalam yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Saringan ini susulan lima pelajar disahkan dijangkiti demam kepialu. Ia…










