JAKARTA: Indonesia menaikkan had umur undang-undang minimum untuk membeli rokok kepada 21 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini. Langkah itu sebahagian daripada siri perubahan peraturan kesihatan yang bertujuan mengurangkan tabiat merokok di negara itu, yang merekodkan kadar merokok tertinggi di dunia. Menurut tinjauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2021, Indonesia merupakan antara pengeluar tembakau terbesar di dunia dan mempunyai kira-kira 70 juta perokok dewasa. Dalam peraturan kerajaan yang ditandatangani oleh…