KUANTAN: Ibarat pesta. Demikian gambaran keadaan gerai di tepi Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga berhampiran Sungai Isap di sini yang sentiasa sesak dengan kehadiran orang ramai untuk makan durian. Dibuka pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam, kawasan itu dipenuhi peminat raja buah tersebut dengan anggaran 1,000 ke 2,000 orang sehari. Situasi itu sekali gus menyebabkan keadaan Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga sentiasa sesak setiap hari sehingga perlu dikawal oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Penjual durian, Kamarul Hafsan Yaakob, 37, berkata, perniagaannya berjalan lancar dan pelanggan tidak putus-putus mengunjungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya