JOHOR BAHRU: Beberapa pihak tampil menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu berjaya membantu menemukan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, kelmarin. Seorang pemilik kafe yang hanya dikenali sebagai Phang menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Albertine Leo Jia Hui, 6. “Sesiapa yang berjaya bantu menemukan kanak-kanak itu, boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk ambil…