IPOH: Kegagalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membenarkan J. Soosaimanicckam mendapatkan rawatan bagi edema pulmonari yang disebabkan oleh kencing tikus telah ‘membunuh’ pegawai kadet itu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, tindakan pegawai latihan TLDM menafikan hak Soosaimanicckam itu secara langsung telah menyebabkan kematian lelaki terbabit. “Mempertimbangkan semua bukti, mahkamah dengan ini mengenepikan keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner dan menggantikan dengan bunuh di mana punca kematian si mati…










